Taklimat Sukarelawan ICT Malaysia (MIV) Bersama Komuniti

6 September 2020 | Aktiviti Terkini

05 September 2020, Jumaat – Pusat Internet Presint 9 Fasa 3 telah bersama-sama Pusat Internet seluruh Malaysia mengikuti taklimat Sukarelawan ICT Malaysia (MIV) bersama Komuniti 2020 anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bawah program Sukarelawan ICT Malaysia. MIV adalah satu platform yang bertujuan untuk memperkasakan warga Malaysia untuk menjadi warga digital menuju kearah negara digital (Digital Nation).

Objektif MIV bersama komuniti 2020 adalah untuk menyebarkan maklumat advokasi melalui media atau platform online, namun aktiviti offline juga dilaksana mengikut SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Antara maklumat penyebaran adalah mengajak dan menyampaikan maklumat mengenai kempen “Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong” memlalui media social sperti Facebook, Instgram, Twitter, Youtube, Whatsapp dan lai-lain platform.
Kempen “Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong” adalah kempen bagi memerangi penyebaran berita palsu dan mempromosikan tingkahlaku dan tanggungjawab yang positif seperti “ bercakap benar”, “ bijak menilai”, “ beringat bila bercakap” .

Taklimat MIV bersama Komuniti telah dihadiri oleh 3 orang sukarelawan dibawah Pusat Internet Presint 9 Fasa 3. Taklimat berlangsung dari pukul 10:30 pagi sehingga 12:30 petang. Taklimat diberi secara langsung oleh pegawai SKMM dari ibupejabat SKMM di Cyberjaya, sukarelawan semua mendengar taklimat dengan norma baru dengan mengikuti SOP KKM tetapkan. Diakhir taklimat, sukarelawan diberi tugasan dan penerangan tentang tugas yang perlu dijalankan selama 8 minggu program MIV akan dijalankan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas